Thursday, May 27, 2010

Tip asas penggunaan driver

Salam, kat sini saya nak berkongsi sedikit tip bagaimana pukulan drive yang betul dan konsisten semasa membuat pukulan.
Antaranya :


Tip pertama: Kedudukan tee di separuh muka driver dan separuh lagi diatas.Kedudukan bola pula selari dengan tumit kaki kiri dengan kedudukan kaki kanan di buka agak luas. Berat badan lebih dirasai di kaki kanan.

Tip Kedua : Hayunkan driver kebelakang seberapa luas yang boleh dan pastikan pergerakan driver, lengan dan bahu bergerak seiring. Pandangan atau fokus mata mestilah pada bola.

Tip ketiga : Pusingan bahu dalam kedudukan 90 darjah dan pinggang pula berkedudukan 45 darjah. Dalam kedudukan ini, kepala driver menghala kesasaran dan pastikan berat badan berada di kaki kanan.

Tip keempat : Ketika impak berlaku, kedudukan badan di belakang bola. Pinggang pula sudah mula berpusing kembali ke sebelah kiri. lepaskan hayunan kearah sasaran dalam keadaan relaks dengan berat badan berada di sebelah kiri.

Nampaknya senang je.....tapi itu diatas kertas bang.......saya pun sampai sekarang kadang-kadang pinjam fairway orang sebelah....oklah jugak kalau tak OB...atau daripada masuk hutan atau kolam.....mandi junub lah pulak.......

OK......kita sama-sama praktik tip diatas.....jumpa lagi...Nanti kalau saya jumpa tip dari mat saleh...saya kena tulis mat salek pulak sebab saya tak pandai sangat terjemah ke BM.

No comments:

Post a Comment