Thursday, May 27, 2010

Tip asas penggunaan driver

Salam, kat sini saya nak berkongsi sedikit tip bagaimana pukulan drive yang betul dan konsisten semasa membuat pukulan.
Antaranya :


Tip pertama: Kedudukan tee di separuh muka driver dan separuh lagi diatas.Kedudukan bola pula selari dengan tumit kaki kiri dengan kedudukan kaki kanan di buka agak luas. Berat badan lebih dirasai di kaki kanan.

Tip Kedua : Hayunkan driver kebelakang seberapa luas yang boleh dan pastikan pergerakan driver, lengan dan bahu bergerak seiring. Pandangan atau fokus mata mestilah pada bola.

Tip ketiga : Pusingan bahu dalam kedudukan 90 darjah dan pinggang pula berkedudukan 45 darjah. Dalam kedudukan ini, kepala driver menghala kesasaran dan pastikan berat badan berada di kaki kanan.

Tip keempat : Ketika impak berlaku, kedudukan badan di belakang bola. Pinggang pula sudah mula berpusing kembali ke sebelah kiri. lepaskan hayunan kearah sasaran dalam keadaan relaks dengan berat badan berada di sebelah kiri.

Nampaknya senang je.....tapi itu diatas kertas bang.......saya pun sampai sekarang kadang-kadang pinjam fairway orang sebelah....oklah jugak kalau tak OB...atau daripada masuk hutan atau kolam.....mandi junub lah pulak.......

OK......kita sama-sama praktik tip diatas.....jumpa lagi...Nanti kalau saya jumpa tip dari mat saleh...saya kena tulis mat salek pulak sebab saya tak pandai sangat terjemah ke BM.

Friday, May 21, 2010

Hari yang panas di Alor Star


Hari ini saya tidak turun bermain golf kerana cuaca sangat panas macam nak terbakar rambut dan janggut tambahan pula partner saya, balik kampung di Kota Bharu, Kg.Beris, Bachok....Kelantan. Agak jauh juga dari bandar....padang golf jauh sekali...jika dibanding dengan kampong saya ...Ketereh...ada padang golf.....

Oklah ...hari ini saya nak kongsi sedikit tip bagaimana menggunakan kayu yang dapat mendaratkan bola keatas green. walaupun menggunakan kayu yang panjang.....contohnya kayu 9, 8, dan sebagainya...tidak semestinya menggunakan wedge 55, 58, 60 jika ianya masih tidak dapat mendaratkan bola di atas green.

Kadang-kadang kita tidak ada strategi ketika memilih kayu dan kebanyakannya kita selalu meniru cara dan gaya pro untuk membuat pukulan tetapi kita tidak pasti untuk memasukkan bola ke green dengan tepat...kadangkala over atau tidak sampai ke green dan kebanyakannya .....masuk bunker...

Jadi...pasang strategi....pilih kayu yang sesuai....pukul dalam keadaan relax....PAR..

Jumpa lagi...

Thursday, May 20, 2010

Pukulan tak menjadi



Pada 17/5/2010,atuk main golf di Darulaman Golf Country Club di Jitra......banyak pukulan tak mencapai sasaran kerana lama tak turun padang.....chipping pun teruk...nampak nya kena ke driving range pula.....

Tuesday, April 20, 2010

Kalau main golf pada hari panas

Pagi tadi atuk main golf di Alor Staq, tapi agak tidak menjadi...letih kot...score 87 stroke...tak menjadi betul.....masuk kolam pun ada..
itu lah golf....atuk main di Kelab DiRaja Darul Aman, Alor Star...Padangnya tak lah mencabar sangat...cuma agak narrow sikit...kalau pukulan tak lurus ...masuk kolam leeee. kepada sesiapa yang belum cuba , boleh le try....bola bawalah sedozen....

Monday, April 19, 2010

New Version....


Salam... Dah lama Atuk tak muncul bukan apa, sibuk sikit.

Makluman semua, ini adalah blog Atuk yg kedua sbb yg first dulu tu tak boleh bukak sbb akaun lama tak up-date.

Apa pun untuk memulakan versi baru ni , Atuk downloadkan dulu gambar kenangan Atuk ngan Nenda masa bercuti ngan anak2 di Bukit Bendera, Penang last year dulu ye..

Next time akan Atuk masukkan gambar2 n cerita yang terbaru , ok..